Gerakan kedaulatan Hawaii

Gerakan kedaulatan Hawaii (Hawaii: ke ea Hawaiʻi, bahasa Inggeris: Hawaiian sovereignty movement) ialah penggiatan politik dan budaya secara akar umbi bertujuan mendapat kedaulatan, penentuan nasib sendiri dan pemerintahan sendiri bagi orang Hawaii baik yang peribumi mahupun separa penuh melalui suatu pembentukan negara atau kerajaan yang berautonomi atau merdeka.[1][2] Beberapa kumpulan juga menyokong suatu tebus rugi daripada pihak Amerika Syarikat atas penggulingan pemerintahan Ratu Liliʻuokalani tahun 1893 serta tindakan pengilhakan dalam negara tersebut 1898 oleh pihak tentera A.S yang dianggap tidak sah.[3][4] Penggiatan ini turut merangkumi status Pulau Palmyra dan Kepulauan Stewart yang turut dilihat terilhak secara haram pada 1860-an.[5][6]

Penyokong kedaulatan mempunyai masalah ditentu menimpa masyarakat asli termasuk masalah tidak berumah, kemiskinan, keterpinggiran ekonomi, dan penghakisan tradisi asli kepada kekurangan pemerintahan asli dan penentuan nasib sendiri politik.[7][8] Mereka telah mengejar agenda mereka melalui inisiatif pendidikan dan tindakan perundangan. Berserta dengan bantahan di seluruh kepulauan, di kapitol sendiri serta tempat dan lokasi dianggap suci dalam budaya Hawaii, aktivis kedaulatan telah mencabar tentera dan undang-undang Amerika Syarikat.[9] Resolusi Permintaan Maaf diluluskan Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1993 mengiktiraf bahawa penggulingan Kerajaan Hawaii pada tahun 1893 ialah tindakan yang tidak sah.[10]

  1. ^ Michael Kioni Dudley; Keoni Kealoha Agard (January 1993). A call for Hawaiian sovereignty. Nā Kāne O Ka Malo Press. m/s. 167. ISBN 978-1-878751-09-6.
  2. ^ "Kanahele group pushes plan for sovereign nation". hawaii-nation.org. Dicapai pada 2016-11-13.
  3. ^ "The Rape of Paradise: The Second Century Hawaiʻians Grope Toward Sovereignty As The U.S. President Apologizes", Perceptions Magazine, March/April 1996, p. 18–25
  4. ^ Grass, Michael (August 12, 2014). "As Feds Hold Hearings, Native Hawaiians Press Sovereignty Claims". Government Executive. Government Executive. Dicapai pada October 29, 2015.
  5. ^ "U.S. Purchase of Palmyra Hits Impasse". February 10, 2000. Dicapai pada 30 January 2018.
  6. ^ Trask, Haunani-Kay. "The Struggle For Hawaiian Sovereignty – Introduction". Cultural Survival. Dicapai pada 30 January 2018.
  7. ^ "Historic election could return sovereignty to Native Hawaiians". Dicapai pada 2016-11-13.
  8. ^ Trask, Haunani-Kay (2010-04-02). "The Struggle For Hawaiian Sovereignty – Introduction". Cultural Survival. Dicapai pada 2016-11-13.
  9. ^ American Bar Association (June 1997). ABA Journal. American Bar Association. m/s. 75–76. ISSN 0747-0088.
  10. ^ "Public Law 103-150" (PDF). gpo.gov. November 23, 1993. Dicapai pada July 3, 2018.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search